Close
Search
Filters

Galeri Ashley Furniture HomeStore dibuka di Pulau Pinang

Monday, January 16, 2017

 

GEORGETOWN: Hauslife Furniture Sdn Bhd (Hauslife Furniture) pemegang lesen dan operator jenama perabot terkenal dunia, Ashley Furniture HomeStore yakin mampu menjana jualan sehingga RM300,000 sebulan bagi cawangan baharunya di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yu Kong Ching, berkata permintaan tinggi terhadap perabot berkualiti didapati semakin meningkat di negara ini mendorong pihaknya meluaskan perniagaan termasuk membuka cawangan baharu.

"Sejak pembukaan HomeStore pertama di Citta Mall, Shah Alam, kita mendapati pertumbuhan tahunan terhadap barangan perabot begitu menggalakkan.

"Ia didorong permintaan tinggi terhadap perabot berkualiti dan reka bentuk anggun pada harga berpatutan sehingga mendorong kita membuka cawangan kedua di Bangi Sentral dan terkini di Gurney Paragon Mall," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Ketiga Ashley Furniture HomeStore di sini, hari ini. Hadir sama, Naib Presiden Bahagian Jualan Ashley Furniture HomeStore, Robin Lim.

Galeri perabot seluas 870 meter persegi yang dibuka di tingkat tiga pusat membeli belah itu mempamerkan koleksi daripada 'Vintage Casual', 'Urbanology', 'New Traditions', 'Contemporary Living' dan 'Family Spaces'.

Kong Ching berkata, perabot keluaran dari Amerika Syarikat itu semakin diminati rakyat negara ini sehingga ramai yang memilih produk berkenaan bagi menghias dan melengkapkan rumah idaman mereka.


Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/233701

Leave your comment